Tuesday, September 8, 2026
Home Penulis Artikel Oleh admin

admin

7663 Artikel 0 Komen

Dera anak tiri: Boy Tiger ditangkap

[email protected] KONGSI ARTIKEL Share Tweet Share KUALA LUMPUR: Selepas empat hari menghilangkan diri, lelaki yang diburu kerana disyaki mendera anak tirinya sehingga meninggal dunia, Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau dikenali sebagai 'Boy Tiger', akhirnya ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan pada jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang. Katanya, ketika itu suspek mahu melawat isterinya, Noraini Samian, 20, yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan anak. "Ketika ditahan, suspek yang berusia 31 tahun sedang melawat isterinya yang mendapatkan rawatan di sana. "Difahamkan, wanita berusia 20 tahun yang turut dicari polis itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah homestay di Hulu Langat, awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini. Fadzil berkata, selain suspek lelaki itu, polis turut menahan wanita berkenaan untuk siasatan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Suami isteri berkenaan akan direman pada esok hari dan bayi mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara," katanya. Menurut Fadzil, selain kes membabitkan kanak-kanak tiga tahun berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut menyiasat dua lagi kes penderaan kanak-kanak di Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jumaat lalu, NSTP melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, maut dipercayai akibat didera. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya. Susulan itu, bapa tiri serta ibu kanak-kanak berkenaan kemudian melarikan diri dan diburu polis.

Hanya UMNO boleh selamatkan Tun M, PPBM

Namun begitu, apa yang boleh saya lihat di sini, Tun Mahathir seolah-olah cuba untuk menyelamatkan kedudukan dirinya dan juga partinya iaitu PPBM dalam Pakatan Harapan. Seperti kita sedia maklum bahawa PPBM ini adalah sebuah parti yang minoriti di dalam Pakatan Harapan dan bila-bila masa sahaja parti ini boleh ditendang keluar dari Pakatan Harapan.

5Pagi – Titik-titik Rezeki

5Pagi - Titik-titik Rezeki

UMNO tidak akan dibubarkan – Ahmad Zahid

Pendirian kami cukup jelas, kita tidak akan melompat parti dan tidak akan membubarkan UMNO walaupun beliau berkali-kali meminta kami berbuat demikian.

Isa akan didakwa lagi?

Bukti-bukti sebelum ini tidak mencukupi disebabkan akses yang terhad tetapi siasatan telah dimulakan susulan bukti baharu.

Tipu, tabur wang dalam Pemilihan PKR

Ahad ini panas, penipuan akan terus berlaku, salah guna kuasa akan berlaku, tangan ghaib akan terus bergerak, wang akan banyak ditaburkan, saya tahu ada pihak tabur wang begitu banyak semata-mata nak sokong calon.

Kumpulan 22 – Kami bukan nak tiru kumpulan artis yang sedia...

Kumpulan 22 - kami bukan nak tiru kumpulan artis yang dah ada. (H.O.T)

Sarah Suhairi – Single kedua naikkan namanya di persada seni suara...

Sarah Suhairi - Single Ke -2 Naik kan lagi namanya di persada seni suara (H.O.T)

Andi Bernadee tak lupa diri

"Saya rasa amat rendah diri dan merasa terharu apa bila muzik video naik sampai tahap mendadak seperti ini," kata Andi.

Zoey Rahman – Muka Jambu tak boleh berkeras ke ?

Zoey Rahman - Muka Jambu tak boleh berkeras ke ?