admin
Mukhriz angkat sumpah MB Kedah hari ini?
Surat jemputan ke majlis tersebut dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang memaklumkan ia akan diadakan pada jam 3 petang.
Ahmad Yakob angkat sumpah MB Kelantan
Ahmad, 67, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra di Istana Kota Lama di sini.
Hormati keputusan PRU, kata KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini meminta penjawat awam di negara ini menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan terus menjalankan tanggungjawab mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Pakatan janji siasat 1MDB sehingga ke muka pengadilan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir janji untuk menyiasat 1MDB sehingga selesai kepada rakyat akan ditunaikan.
Ada kemungkinan DUN Kedah tergantung – Mukhriz
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah itu tidak menolak situasi tersebut walaupun mereka memenangi 18 kerusi DUN kerana Pas yang memiliki 15 kerusi mungkin bergabung dengan Barisan Nasional (BN) yang memenangi hanya tiga kerusi.
Agong tentukan pelantikan perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak berkata, Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan berkenaan berdasarkan Perlembagaan dan budi bicara baginda serta mendapat kepercayaan Dewan Rakyat.
17, 18 Mei cuti kelepasan di Sarawak
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di sini, hari kelepasan am tambahan itu diisytiharkan di bawah Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)].
Tiada parti boleh bentuk kerajaan di Sabah
Tiada parti yang boleh membentuk kerajaan negeri secara bersendirian di Sabah berikutan keputusan PRU14 menunjukkan parti-parti berkenaan tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.
Semua institusi kewangan tutup
Semua institusi kewangan serta pasaran wang luar pesisir, bon dan tukaran asing, ditutup mulai hari ini dan beroperasi semula pada Isnin, 14 Mei, 2018, kata Bank Negara Malaysia.
Mahathir dan Mukhriz menang, BN Kedah tumbang
Kedua mereka memenangi semua kerusi mereka tandingi dan menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tumbang di Kedah.

















