Mohd Adzlan Mat Sidek
Petugas SPR Naiki Bot Bawa Kotak-Kotak Undi #PRNSabah
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa kotak undi dengan menaiki bot dari Pulau Bum Bum ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi selepas tamat hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Jeti Awam, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020.
Seawal Pagi Petugas SPR Bawa Kotak-Kotak Undi #PRNSabah
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa peti undi seawal jam 5.40 pagi sambil dikawal ketat pegawai Polis sebagai persiapan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Agama Negeri Pekan, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020.
Kegirangan Anak Bajau
Kanak-kanak Bajau kelihatan sedang seronok bermain di sampan usang di kawasan lapang sekitar perumahannya ketika tinjauan Malaysia Gazette di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto 25 SEPTEMBER 2020.
Shafie Apdal Hadir Majlis Realisasi Perpaduan Bersama Parti Warisan
Calon Warisan DUN N.65 Senallang yang merupakan Presiden parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama calon Warisan DUN Kunak, Norazlina Arif (dua dari kanan) bersorak beramai-ramai selepas hadir ke majlis Realisasi Perpaduan bersama parti Warisan Sabah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Cenderawasih, Kunak, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2020.
Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin Berganding Bantu Kempen Calon PN #PRNSabah
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin (dua dari kiri) dan calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (dua dari kanan) bersorak bersama penyokong selepas hadir ke Majlis Sentuhan Mesra Warga Dun Apas sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Flat Sri Titingan, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 24 SEPTEMBER 2020.
Daily Life – Pulau Bum Bum
Penduduk kampung yang baru pulang dari menangkap ikan membawa hasilnya balik ke rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2020.
Jentera Kibar Bendera PCS #PRNSabah
Kelihatan seorang penduduk kampung sedang membawa bendera Parti Cinta Sabah (PCS) untuk dipasang di kawasan perumahannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Usung Melantak, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2020.
Calon PCS Giat Berkempen #PRNSabah
Calon Parti Cinta Sabah (PCS) N.64 Sulabayan, Alahuddin Mohd Sarah (dua dari kiri) menaiki bot untuk hadir ke sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Usung Melantak, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2020.
Peti Undi Awal Dibawa Keluar #PRNSabah
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa kotak undi selepas tamat tempoh pengundian awal sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Balai Polis Daerah Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2020.
Ramah Mesra Calon PN Bersama Rakyat Pulau Sebatik #PRNSabah
Calon Perikatan Nasional DUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho beramah mesra bersama penduduk kampung ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Sungai Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2020.