Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1579 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Pegawai Kanan Tentera dan Kontraktor Ditahan Reman SPRM

Seorang pegawai kanan Tentera Darat berpangkat Leftnenan Kolonel dan seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan kerja-kerja di sebuah kem di Selangor yang bernilai RM16,000 sejak 2019 di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2021.

Suasana Ibu Kota Kembali Aktif

Orang awam yang menaiki bas RapidKL selepas pulang dari tempat kerja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2021.

Amirudin Shari Serah Biasiswa Selangor BITARA dan Biasiswa Khas Dato’ Menteri...

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) menyerahkan Biasiswa Selangor BITARA kepada pelajar cemerlang akademik Emir Haady Imran Zulkharnain (dua dari kanan) di Bangunan SUK, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2021.

PGA Lumpuhkan Aktiviti Penyeludupan Beras Bernilai RM2.6 Juta

Antara pelbagai jenama beras yang tidak bercukai berjaya dirampas oleh pegawai dan anggota polis dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan anggaran bernilai RM2,659,474.00 ketika sidang media di Gudang Padiberas Nasional Berhad, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 29 MAC 2021.

Lori Menghala Shah Alam Terbalik, Halang Lalu Lintas Ketika Waktu Kemuncak

Lori terbalik yang hilang kawalan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dari tol Bukit Raja menghala ke Shah Alam dan jalan terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja mengangkat lori ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Foto MOHD ADZLAN, 26 MAC 2021

Program Rapat Malaysia Prihatin Bersama Azmin Ali

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beramah mesra bersama tetamu yang hadir di Program Rapat Malaysia Prihatin di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 MAC 2021.

Persembahan ‘Live’ Nabila Razali Sempurna, Tak Terkucil Lagi #BigMouth

Penyanyi, Nabila Razali membuat persembahan ketika majlis penghargaan Big Mouth X Nabila Razali di Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

Strategi Perniagaan Tukang Ikat Batu dan Pelukis ‘Cari Makan’ di Jalanan...

Tukang seni ikat batu, Remy, 48, (kanan) bersama anaknya Putra Aqmal, 17, sabar menunggu pelanggan di kaki lima ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

Mini Karnival Penjana Kerjaya Tawaran Temuduga Golongan OKU #PERKESO

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kanan) beramah mesra bersama golongan orang kelainan upaya (OKU) yang hadir bagi temuduga berikutan lebih 600 peluang pekerjaan ditawarkan di Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia untuk OKU di Dewan Kenangan, Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

Sidang Media Ketua Polis Negara dan Bekas Pelumba Motosikal Op Ekzos...

Gelagat bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid bercakap kepada media berkaitan Op Ekzos Bising sambil diperhatikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Dewan Theathrette, Menara 1, Bukit Aman. Foto MOHD ADZLAN, 23 MAC 2021.