Mohd Adzlan Mat Sidek
Zahid Hamidi Kempen #PRU15 Komuniti Telugu Bagan Datuk
Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon BN P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama komuniti Telugu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuil Sri Venkateswara Parit 6, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2022.
Calon BN, Vigneswaran Makan Malam Bersama Penduduk #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.062 Sungai Siput, Tan Sri S.A. Vigneswaran beramah mesra bersama penyokong selepas hadir ke majlis makan malam bersama penduduk sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Dewan Konvensyen, Sungai Siput, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2022.
Walkabout Calon BN Tapah – M. Saravanan #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.072 Tapah, Datuk Seri M. Saravanan beramah mesra bersama penduduk orang asli sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kuala Bot, Tapah, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2022.
Saarani Mohamad Berjiwa Besar Jumpa Calon Parti Lawan #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) N.04 Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad bertembung bersama pesaingnya calon Perikatan Nasional (PN) N.04 Kota Tampan, Mohd Jamil Yahya semasa melakukan sesi walkabout di pasar sambil menyantuni penduduk kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Luat, Lenggong, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.
Calon BN, Shafiq Fhadly Disenangi Masyarakat #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P. 056 Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyantuni penduduk kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Kubu Gajah, Larut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.
Manifesto BN Perak “Kestabilan Demi Kesejahteraan”
Pengerusi BN Perak yang juga calon Barisan Nasional (BN) N. 04 Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama penyokong selepas melancarkan Manifesto Barisan Nasional Negeri Perak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Padang Permainan Meru Jaya, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2022.
Peja Tunjuk ‘Skill’ di Pasar Malam #PRU15
Gelagat calon Perikatan Nasional (PN) P.063 Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membantu peniaga semasa menyantuni orang awam sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pasar Malam Taman Perpaduan, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2022.
Seawal Pagi Calon BN Keluar Jumpa Pengundi #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) N.44 Sungai Rapat, Datuk Hang Tuah Din menyantuni penduduk setempat sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Taman Maju Rapat, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.
Calon BN Bantu Penunggang Motosikal Kemalangan Jalan Raya
Calon Barisan Nasional (BN) P.060 Taiping, Neow Choo Seong bersama calon Barisan Nasional (BN) N.16 Kamunting, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie membantu penunggang motosikal yang baru terlibat dalam satu kemalangan semasa sedang berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sekitar jalan Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.
Calon BN, Sollehin Tajie Lawat dan Bantu Mangsa Banjir #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P. 059 Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie melawat sambil menyantuni penduduk yang kediamannya terjejas akibat banjir sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Changkat Ning, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2022.

















