Affan Fauzi
LENSA MG | SPA Si Manja #Kucing
Pemilik Dirna Meow Boarding, Norsalina Mohd Shah membawa seeekor kucing selepas selesai membersihkannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2019
Yayasan Angkasa Lancar Portal Pelajar
Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah Yayasan Angkasa pada Majlis Pelancaran Portal Pelajar dan Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa Sesi 2019 / 2020 di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2019
Zuraida Kamaruddin Hadir Program Projek Komuniti Hub
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyiram pokok bunga yang ditanamnya pada Program Projek Komuniti Hub di Flat Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2019
LENSA MG | Wan Azizah Sedih, Pengebumian Jenazah Allahyarham Dr Wan...
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian bapanya, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood akibat sakit tua pada upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 10 DISEMBER 2019
Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah Menyaksikan Tayangan Khas Ejen Ali The...
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membantu isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali untuk menonton tayangan khas Ejen Ali The Movie di GSC Pavillion, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019
Pelepasan Skuad Bantuan Banjir NAFAS
Pengerusi Ahli Jemaah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi melancarkan pelepasan Skuad Bantuan Banjir pada Majlis Pelancaran Skuad Bantuan Banjir 2019 di Pejabat Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Kota Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019
Perhimpunan Bulanan KPDNHEP 2019
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember KPDNHEP 2019 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019.
LENSA MG | Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berswafoto dengan sebahagian perwakilan yang hadir selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019
Mat Sabu, Khalid Samad Lancar Akhbar Mingguan AMANAH
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu bersama Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran akhbar mingguan Amanah sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAIZI, 07 DISEMBER 2019
Mat Sabu, Perwakilan Selesai Pemilihan Ahli Jawatankuasa AMANAH
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sambil diiringi Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahudin (kanan) selepas selesai membuat undian melalui "E- Volting" pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa Amanah sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAIZI, 06 DISEMBER 2019

















