Affan Fauzi
LENSA MG | Himpunan Ceramah Pemuda Muafakat Nasional #PRKTanjungPiai
Calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng (tengah) bergambar bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (dua kiri) dan Ketua-Ketua Pemuda MCA, MIC, PAS sambil mengangkat tangan pada Ceramah Pemuda Muafakat Nasional bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai Jalan Kampung Parit Pasir, Pekan Nanas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 12 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Kotak Undi Awal Dibawa Keluar #PRKTanjungPiai
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa kotak undi selepas selesai proses tamat tempoh mengundi pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 165 Tanjung Piai di Rumah PERKEP, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 12 NOVEMBER 2019.
Daily Life – PRK Tanjung Piai
Kelihatan seorang kanak-kanak memancing berhampiran dengan bendera Barisan Nasional ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kukup, Johor. foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2019
Walkabout Presiden MCA dan Jentera BN #PRKTanjungPiai
Reaksi bersahaja Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kepada jentera-jentera Pakatan Harapan ketika mengadakan sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kukup, Johor. foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2019
Kempen Calon BN, Wee Jeck Seng #PRKTanjungPiai
Calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk yang hadir pada Ceramah War Truck Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 10 NOVEMBER 2019.
Azmin Ali Turun Kempen Calon PH #PRKTanjungPiai
Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap TImbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali (empat kiri) bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (empat kanan) serta yang lain bergambar sambil menunjukkan bilangan empat pada Program Sembang Santai Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Bakar Arang, Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2019
Tok Mad Kempen Undi Calon BN #PRKTanjungPiai
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Program Ceramah Umum Barisan Nasional bagi membantu calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Parit Pasir, Johor. foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2019
Najib #BOSSKU Walkabout Kempen Undi BN #PRKTanjungPiai
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng beramah mesra dengan penduduk semasa mengadakan sesi walkabout bagi membantu calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pasaraya Econsave Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2019
Bekas MB Johor Kempen Undi Calon BN #PRKTanjung Piai
Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan salah seorang pengundi warga mas semasa mengadakan perogram perjumpaan wakil pengkalan jeti nelayan bagi membantu calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Serkat Laut, Kukup, Johor. foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2019
Reaksi Ceria Calon PH, Karmaine Sardini Kempen #PRKTanjungPiai
Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini beramah mesra dengan penduduk yang hadir pada Program Ceramah Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Sawah, Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2019

















