Saturday, August 22, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Flashmob Jentera Barisan Nasional #PRKTanjungPiai

Jentera Barisan Nasional membuat 'flashmob' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2019

Muhyiddin dan Calon PH Minum Petang Bersama PDRM

Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din (kiri) bersalaman dengan sebahagian anggota polis ketika hadir pada Program Minum Petang Bersama PDRM sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Balai Polis Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2019

Kempen Calon PH, Karmaine Sardini #PRKTajungPiai

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini bersalaman dengan sebahagian penduduk selepas selesai menunaikan solat jumaat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Masjid Kampung Rambah, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2019

Daily Life – Bendera Parti #PRKTanjungPiai

Seorang lelaki mengayuh basikal melintasi bendera parti-parti politik yang bertanding ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil P.165 Tanjung Piai sekitar kawasan Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2019

Manifesto Parti Gerakan #PRKTanjungPiai

Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam melihat isi kandungan risalah manifesto Parti Gerakan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Operasi Parti Gerakan, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2019

Calon Gerakan Senam Aerobik bersama Pengundi #PRKTanjungPiai

Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam meluangkan masa bersenamrobik bersama sebahagian orang ramai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Taman Laut Awam Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2019

UMNO, PAS, MCA, MIC di Ceramah Perdana BN #PRKTanjungPiai

Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (empat kanan) dan Calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jeck Seng (lima kiri) serta kepimpinan tertinggi Barisan Nasional pada Ceramah Perdana Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2019

Hishammuddin Walkabout Kempen Undi Calon BN #PRKTanjungPiai

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting (kanan) mendengar sesuatu perkara daripada seorang penduduk semasa mengadakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di sekitar kawasan Pasaraya Target dan Econsave, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2019

Ahmad Maslan Kempen Undi Calon BN #PRKTanjungPiai

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan bersalaman dengan sebahagian penduduk semasa mengadakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2019

Jentera PH Buat Laporan Polis #PRKTanjungPiai

Ketua Urusetia PDM Parit Haji Ismail, Faisal Yunus (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh Jentera Pakatan Harapan (PH) sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 05 NOVEMBER 2019