Affan Fauzi
ADUN Seri Setia Tenpin Boling Bersama Media
Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar bergambar kenangan dengan pengamal media yang menyertai Pertandingan Tenpin Boling Mesra Media sempena ulang tahun pertama sebagai ADUN Seri Setia di Wangsa Bowl, One Utama, Bandar Utama Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 SEPTEMBER 2019
Anwar Ibrahim Hadir 90 Years Anniversary Premier Business Awards 2019
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima potret gambar sebagai cenderamata daripada Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Datuk R Ramanathan (empat kiri) pada 90 Years Anniversary Premier Business Awards 2019 di Nexus Connexion, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 SEPTEMBER 2019
Pertubuhan Bangkit Serah Laporan Farensik Video Seks di Istana Selangor
Seorang lelaki memegang plakad yang tertera gambar video Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali semasa hadir untuk menyerahkan laporan siasatan forensik video seks luar tabii kepada Sultan Selangor di Istana Selangor Bukit Kayangan, Seksyen 12, Shah Alam. foto AFFAN FAUZI, 06 SEPTEMBER 2019
Saifuddin Nasution di Pra Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) bergambar kenangan dengan rakan strategik yang merupakan penerima-penerima penghargaan plakad kerjasama pada Majlis Pra Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di NU Sentral, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2019
Xavier Jayakumar dan MB Pahang Bersemuka
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua kiri) bergambar sambil memegang dokumen selepas perjumpaan memuktamadkan Prosedur Operasi Standard Dokumen (SOP) aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2019
Dong Zong Mohon Rayuan di KDN
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Pengerusi Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), Tan Tai Kim (kiri) selepas mengadakan perjumpaan dengan Wakil daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Johor berikutan pengharaman Persatuan Dong Zong di Kementerian Dalam Negeri, Kompleks D, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 04 SEPTEMBER 2019
Lafaz Ikrar Aku Janji Pelajar Baharu UM 2019/2020
Pelajar-pelajar baru berikrar aku janji pada Majlis Perasmian Minggu Haluan Siswa dan Upacara lafaz Ikrar Aku Janji Pelajar Baharu Universiti Malaysa 2019/2020 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 SEPTEMBER 2019
Lokman Noor Adam Serah Laporan Forensik Video Semburit
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hadir untuk memberi berhubung Laporan Forensik Video oleh Pakar United Kingdom mengenai isu kes video Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 SEPTEMBER 2019
Daily Life | Football Freestyle
Jason Lee menunjukkan kemahirannya melakukan "freestyle" sewaktu menimbang bola dikhalayak orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 SEPTEMBER 2019
Zuraida Kamaruddin Tinjau Penduduk Kampung Salak Selatan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bersalaman dengan sebahagian para tetamu yang hadir pada Majlis Lawatan Kerja ke Kampung Salak Selatan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Kampung Baru Salak South, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 SEPTEMBER 2019

















