Affan Fauzi
Saifuddin Nasution di Karnival Jualan I-Keep
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sambil diiringi Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz (tiga kiri) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (tiga kanan) menunjukkan bungkusan sotong kering semsa melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Jualan I-Keep di Padang Perpustakaan Awam Pantai Dalam, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 SEPTEMBER 2019
Kumpulan J-Born Juara Muzikal Lawak Superstar 2019
Reaksi kumpulan J-Born semasa dinobatkan sebagai juara pada Muzikal Lawak Superstar Akhir di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 OGOS 2019
SMK Darul Ehsan Lancar Jalur Gemilang Ecobriks #HariKebangsaanKe62
Pelajar-pelajar daripada persatuan Pengakap membawa bendera Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Ecobriks semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke- 62 yang bakal tiba tidak lama lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2019
Wakil La Liga Musim 2019 / 2020 ke Malaysia
Delegasi Rangkaian Global La Liga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi (kanan) bersama Ketua Pemasaran dan Komunikasi Asia, Magdalene Mg (tengah) dan Eksekutif Pemasaran Puma, Benjamin Ling (kiri) bergambar dengan bola rasmi Puma sempena La Liga Musim 2019 / 2020 pada Majlis Taklimat La Liga Musim 2019 / 2020 di The Social, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2019
Muhyiddin Yassin Lancar Seminar Antarabangsa Nilai Keagamaan Dalam Mencegah Ekstremisme Ganas
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Seminar Antarabangsa Nilai Keagamaan Dalam Mencegah Ekstremisme Ganas di Dewan Senate, UIAM, Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2019
Daily Life – Jalur Gemilang #HariKebangsaan62
Kelihatan seorang lelaki berjalan melepasi dua bendera Jalur Gemilang yang digantung pada jejantas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Kemerdekaan ke- 62 bakal tiba tidak lama lagi di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2019
LENSA MG | Botol dan Tempurung Penghias “Jalur Gemilang Gergasi”
Sebahagian murid memperkemaskan dekorasi Jalur Gemilang gergasi yang diperbuat dengan tempurung dan botol terpakai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Kemerdekaan ke- 62 bakal tiba tidak lama lagi di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2019
Jurugambar Malaysia Gazette Menang Anugerah Foto Terbaik Bulanan 2019 MFL
Jurugambar Malaysia Gazette, Affan Fauzi menunjukkan hasil karya dan trofi yang dimenangi kategori Foto Terbaik Bulan Mac 2019 pada Anugerah Bulanan Media Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di IbuPejabat Malaysian Football League (MFL), Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2019
Zahid Hamidi Rasmi Perhimpunan Agung MIC ke-73
Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran (tujuh kanan), Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (enam kanan), Ketua Dewan Ulamak PAS, Dr. Haji Nik Mohd Zawawi Salleh (lima kiri) dan barisan Ahli Majlis Tertinggi MIC bergambar kenangan sambil mengangkat tangan pada Perhimpunan Agung MIC ke-73 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2019
Aksi dan Gelagat Minggu Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar
Kumpulan J-Born semasa melakukan persembahan pada Muzikal Lawak Superstar minggu separuh akhir di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2019

















