Monday, August 24, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Daily Life – Pallet Works

Pengasas pertukangan kayu Pallet Works, Mohd Khairul Helmy Mohd Din sibuk menyiapkan barangan tempahan pelanggan selepas layak menerima peruntukan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 24 NOVEMBER 2020.

MPS Roboh Bengkel Jentera Berat Haram Tepi Sungai Rawang

Operasi merobohkan bengkel penyelenggaraan jentera berat di atas tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di Kampung Dato Lee Kim Sai, Rawang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 NOVEMBER 2020.

‘Ops Nuri’ JSJK Berjaya Tumpaskan Pelaburan Essencefx (Forex)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob menunjukkan beberapa gambar suspek hasil kejayaan 'Ops Nuri' menumpaskan pelaburan Essencefx (Forex) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 NOVEMBER 2020

Annuar Musa Melihat Hasil Seni Mural dan Grafiti di Pasar Borong

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah (kiri) meluangkan masa melihat mural pada dinding semasa hadir pada Majlis Penyampian Hadiah Pertandingan Mural dan Grafiti di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang. foto AFFAN FAUZI, 23 NOVEMBER 2020

Pewaris KOPI-O, Kekalkan Teknik Pembuatan Tradisonal

Pengusaha Chuan Hoe Coffee Powder, Tan Loon Chuan memeriksa biji kopi yang dipanggang daripada dapor pemanggang tradisional menggunakan bahan bakar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 NOVEMBER 2020

Wartawan MG Terima Sijil Penghargaan Dari Ketua Polis Daerah Sentul

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah menyerahkan sijil penghargaan kepada Wartawan Malaysia Gazette, Kumara Sabapatty di IPD Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 NOVEMBER 2020.

Dr Adham Baba Lawat Anggota Polis Trafik Cedera Ketika SJR

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (dua kiri) ketika melawat anggota polis trafik, Koperal Nazmi Abdullah (dua kanan) sambil ditemani isteri, Nor Asmihan Omar (kanan) yang dirawat akibat cedera ditimpa khemah ketika menjalankan tugas menjaga sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Hospital Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 NOVEMBER 2020.

Sambutan Rancak Sempena Kuala Lumpur Wilayah Bebas Berniaga

Deretan gerai jualan milik para peniaga dilihat dibuka selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama Wilayah Bebas Berniaga di Desa Pandan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2020

Surau Di R&R Dibuka Semula Kepada Pengguna Lebuhraya

Kelihatan pengguna lebuh raya berhenti seketika menunaikan solat di surau kawasan Rehat dan Rawat Restoran Jejantas Sungai Buloh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula surau di kawasan rehat dan rawat (R&R) susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2020

Bas Persiaran, Bas Sekolah ‘Mati’ Ketika PKPB

Deretan bas persiaran dan bas sekolah tersusun di parkir selepas tidak beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 NOVEMBER 2020.