Monday, August 24, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Ketua Pengarah AADK Lancar Kempen Ikon Antidadah #TakPerluStimGuys

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi bergambar dengan artis dan ikon pada Majlis Pelancaran Kempen Ikon Antidadah di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2020

Daily Life – Persiapan Perayaan Deepavali

Seorang peniaga pakaian menyusun kain pakaian yang akan dijual sempena persiapan akhir sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2020

Daily Life – Nasib Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) #PKPB

Seorang peniaga menyusun baju kurung yang dijual semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berkenaan pasca Belanjawan 2021 mengenai Pembukaan Semula Ekonomi dan Pelaksanaan Pakej PRIHATIN dan PENJANA yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sekitar Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2020

PKPB – Pengantin Lega Selesai Akad Nikah

Pengantin baru, Saiful Anuar Abdul Razak dan Rozainah Mohamad Rasul bergambar bersama sambil menunjukkan surat pengakuan nikah sementara selepas kerajaan bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2020

Mujahid Yusof Ke Bukit Aman Disiasat Akta Hasutan

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa melambaikan tangan ke arah jurugambar ketika hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2020.

Menteri Kewangan Bertemu Pemimpin PH Bincang Belanjawan 2021

Bekas Menteri Kewangan yang merupakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bersama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berjalan keluar selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mengenai Belanjawan 2021 di Kemterian Kewangan, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2020

Peniaga Resah, Taman Tasik Titiwangsa Sunyi Tanpa Pengunjung

Pengusaha basikal sewa, Shahrul Yamin menulis senarai harga keuntungannya berniaga dalam temph Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid- 19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 OKTOBER 2020

Kes Mendadak, Orang Ramai Jalani Saringan Secara Pandu Lalu #Covid19

Petugas Kesihatan KPJ Ampang Puteri melakukan proses ujian saringan Covid-19 kepada orang awam yang hadir secara pandu lalu semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di KPJ Ampang Puteri, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 28 OKTOBER 2020

Tentera Kepung Plaza Hentian Kajang Dengan Kawat Duri

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri setelah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Hentian Kajang, Jalan Reko, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 OKTOBER 2020.

Pengunjung ‘Serbu’ Proton X50 Selepas Dilancarkan

Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba bahagian dalaman kereta Proton X50 yang baru sahaja dilancarkan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Jualan Proton Edar Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 OKTOBER 2020