Affan Fauzi
Beribu Kenderaan Sesak di Lebuhraya Arah ke Pantai Timur #HariRayaAidiladha
Keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke pantai timur kelihatan sesak berikutan warga kota mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette. foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2020
Alexander Nanta Linggi Rasmi Kempen Jualan Malaysia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi melakukan lawatan kerja selepas merasmikan Kempen Jualan Malaysia di Kompleks Beli Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2020
Timbalan Ketua Polis Negara Rasmi IPD Sentul
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menyempurnakan gimik perasmian pada Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di IPD Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2020
Lim Guan Eng Hadir dan Beri Keterangan di SPRM
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya bagi memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2020
Annuar Musa Rasmi Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS)
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa meluangkan masa melawat sekitar kawasan fasiliti inovasi pada Majlis Perasmian Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di Presint 5, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2020
Najib Razak Potong Kek di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong kek dari penyokongnya sempena hari ulangtahun kelahiran beliau semasa hadir ke mahkamah untuk pendengaran membatalkan kes pindaan Laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 JULAI 2020.
Lim Guan Eng Beri Keterangan di SPRM
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir bagi memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2020
Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan Maxus Window Panel Van V80
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir bergambar bersama Panel Van pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan Maxus Window Panel Van V80 di di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 21 JULAI 2020
UMNO Shah Alam dan Pemuda UMNO Buat Laporan Polis
Paparan lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang terletak di Taman Cahaya, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 JULAI 2020
MBSA Padam Semula Lukisan Mural Pemimpin Negara
Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 20 JULAI 2020
















