Bernama
Greenpeace akan sertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza
GSF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sejarah panjang Greenpeace dalam usaha mempertahankan laut, mendepani ketidakadilan dan mengambil tindakan untuk mempertahankan nyawa menjadikan organisasi itu tambahan penting kepada misi tersebut.
Empat anggota polis direman lima hari bantu siasatan kes rasuah RM12,000
Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Kelantan itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti...
Fadhlina berkata beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.
Pelajar IPG lemas: Keluarga mahu laporan lengkap, telus berhubung kejadian
Ibu saudara kepada mendiang Joey Ling Lin Siang, yang dikenali sebagai Kee Ching Ching, 46, berkata pihak keluarga berharap laporan disediakan secara telus, terutama melibatkan prosedur operasi standard (SOP) semasa melakukan aktiviti berkayak.
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Seorang pekerja pusat boling berusia 53 tahun ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan di pusat itu di Tanjong Malim, awal pagi tadi.
Malaysia peroleh laluan selamat untuk kapal di Selat Hormuz
Wisma Putra berkata hasil positif itu adalah susulan penglibatan diplomatik peringkat tinggi.
Penjawat awam digalakkan pakai batik setiap hari
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata ketetapan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan pegawai awam.
Penangguhan geran khas Sabah bagi ruang tambahan perincian kiraan – Mustapha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata proses itu melibatkan penilaian yang merangkumi tempoh panjang serta memerlukan penelitian data kewangan dan rekod sejarah yang menyeluruh.
132,000 liter diesel dirampas di Sibu
KPDN Sarawak memaklumkan, hasil risikan dan pemantauan pihaknya telah menahan kapal itu dan menemukan muatan diesel dianggarkan sebanyak 132,000 liter yang disimpan dalam sembilan tangki berlainan.

















