Bernama
PRK Rantau: 110 tentera, pasangan dan polis mula mengundi awal esok
Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan mula mengundi esok di dua pusat pengundian awal.
Kanak-kanak lelaki 10 tahun lemas di Sungai Manir
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Sabtu lalu, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Manir itu dikatakan bermain bersama tiga lagi rakannya sebelum tergelincir di sungai tersebut.
Selagi tak jumpa, bomba akan terus cari Acap
Pencarian dalam skala kecil diteruskan membabitkan radius satu kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Tabung Haji nafi cawangan Bachok kehabisan wang
Laporan berita itu fitnah semata-mata dan operasii Tabung Haji berjalan seperti biasa
Rakyat Malaysia dengan 64kg ganja ditahan
Bertindak atas maklumat, polis menahan pemandu lori buah-buahan berusia 36 tahun dari Pulau Pinang itu di rumah tetamu di sebuah kampung di Khuan Lang, Songkhla pada 2.30 pagi (waktu tempatan) Sabtu.
Kebangkitan Kian Meng-Pei Jing tidak boleh nilai satu kejohanan sahaja –...
Kejayaan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir Badminton Terbuka Malaysia 2019, satu perkembangan positif namun masih belum cukup menjadi kayu ukur pasangan itu bersedia hadapi kempen Sukan Olimpik 2020 bermula Mei ini.
Warisan akan bantu DAP di PRK Sandakan
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Mei depan, kata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Statut Rom: PH kena hati-hati buat keputusan perjanjian antarabangsa
"Setiap ratifikasi mempunyai pro dan kontra masing-masing namun ketika kerajaan Persekutuan pimpinan PH masih lagi belum kukuh, diharap sebarang tindakan dapat dibuat dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang tanggapan negatif rakyat dan masyarakat luar terhadap pentadbiran negara," katanya.
Naluri keluarga rasakan Acap masih selamat
Berdasarkan kepada ilmu dalam bidang perubatan dan pendakian yang dimiliki anak kelima daripada tujuh beradik itu semasa bersekolah, kemungkinan Ashraf masih boleh bertahan.
NS akan dapat faedah ECRL adalah betul – Anthony
Sebagai menteri pengangkutan, saya boleh katakan apa yang Menteri Kewangan Lim Guan Eng dedahkan (pada hari Jumaat) mengenai ECRL adalah betul kerana projek ECRL sedang dirunding semula dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu apabila Dr Mahathir akan pergi ke China di akhir bulan ini," katanya.

















