Anthony Loke Siew Fook

SEREMBAN – Penjajaran projek rel Pantai Timur (ECRL) yang akan dilakukan semula memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan dengan Beijing pada akhir bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, satu keputusan dijangka dibuat semasa lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke China untuk membincangkannya, antara lain, mengurangkan kos pembinaan projek mega tersebut.

“Sebagai menteri pengangkutan, saya boleh katakan apa yang Menteri Kewangan Lim Guan Eng dedahkan (pada hari Jumaat) mengenai ECRL adalah betul kerana projek ECRL sedang dirunding semula dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu apabila Dr Mahathir akan pergi ke China di akhir bulan ini,” katanya.

Guan Eng semasa ceramah di Kampung Sawah malam Jumaat lalu memaklumkan ECRL akan diteruskan sekiranya kosnya dikurangkan kepada RM35 bilion berbanding RM66 bilion.

Bagaimanapun, beliau membayangkan jajaran ECRL akan dipindahkan bagi faedah penduduk Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast