Kasthuri Jeevendran
Mahkamah tetapkan 13 Jun ini dengar rayuan Tommy batal saman Sundra
Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan sementara sebarang pemfailan dokumen berkaitan saman bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia itu.
Saya dipujuk pegawai penyiasat SPRM sokong Muhyiddin elak pendakwaan – Syed...
Saya diminta sokong Muhyiddin walaupun saya tidak mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan beliau. Namun jika sokong, ini akan menghentikan pendakwaan terhadap saya. - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kenapa Najib baru tahu hantaran FB suami Tun Maimun beberapa jam...
“Sebenarnya Yang Arif, ini hanya komen umum rakyat di Facebook, permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri ketika rayuan akhir tahun lalu berikutan dakwaan konflik kepentingan adalah percubaan terdesak di saat akhir ganggu prosiding rayuan," kata Sithambaram.
Tuduh PM paling teruk, Anwar hantar notis kepada Awang
Firma guaman, Tetuan SN Nair dan Partners yang mewakili Anwar berkata, Presiden PKR itu menuntut Awang menarik balik kenyataan fitnah secara umum itu dan berjanji tidak akan mengulangi dakwaan itu lagi.
Pihak berkuasa tumpaskan sindiket pelaburan antarabangsa libat warga UK
Kompleks Istana Kehakiman di sini sedikit kecoh dengan kehadiran deretan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa sekumpulan suspek yang didakwa terlibat dengan sindiket pelaburan antarabangsa yang didalangi warga United Kingdom (UK).
Hasil siasatan berkaitan Hakim Mohd Nazlan didedah dalam Parlimen?
Menurut sumber, SPRM sudah memberikan jawapan kepada persoalan dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen yang menggesa dapatan hasil siasatan itu didedahkan dalam Parlimen.
Pendakwaan tuduh Najib sengaja tukar peguam saat akhir untuk tangguh prosiding
“Mahkamah Persekutuan tidak boleh disalahkan kerana tidak mahu tangguh rayuan seperti yang peguam minta. Memang jelas sekali tindakan melantik baharu adalah bertujuan untuk tangguh rayuan," hujah Sithambaram.
Adam Radlan didakwa terima rasuah RM4.1 juta berkait Jana Wibawa
Adam Radlan juga didakwa menerima suapan RM2.1 juta menerusi akaun sama daripada Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat.
Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib
Ini kerana, wujud 'konflik kepentingan' susulan suaminya, Datuk Zamani Ibrahim membuat hantaran yang mempunyai sentimen negatif terhadap bekas Presiden UMNO itu di laman sosial Facebook, lima tahun lalu.
Najib dijatuhkan hukuman berdasarkan penghakiman 3 perenggan – Muhammad Shafee
Menurut Muhammad Shafee, apa yang mungkin mahkamah boleh lakukan ialah memberi tempoh penangguhan yang mencukupi, jika tidak tiga bulan seperti dipohon, bagi membolehkan barisan peguam bersedia untuk berhujah.