KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang menuduhnya mengamalkan pendakwaan berpilih.
Awang yang juga timbalan menteri itu sebelum itu mendakwa Anwar seorang pendendam yang ‘lebih teruk’ daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tuduhan Awang itu susulan daripada dakwaan mahkamah terhadap Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Firma guaman, Tetuan SN Nair dan Partners yang mewakili Anwar berkata, Presiden PKR itu menuntut Awang menarik balik kenyataan fitnah secara umum itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
“Anak guam telah mengarahkan kami untuk menuntut ganti rugi substantif daripada Yang Berhormat (Awang) atas kecederaan teruk yang dilakukan ke atas reputasinya. Anwar menuntut daripada Yang Berhormat pembayaran semua kos guaman yang berbangkit daripada perkara ini.
“Ini juga selaras dengan protokol pratindakan sebelum permulaan tindakan saman fitnah. Kami menunggu maklum balas tetapi jika tidak ada maklum balas dalam tiga hari, kita akan mulakan tindakan perundangan,” kata SN Nair.
Awang semalam dilaporkan berkata; ‘Kalau inilah permulaan PM, dia adalah PM paling teruk di Malaysia. Malah Dr Mahathir yang dikata zalim pun tak (sezalim itu) setakat ini.’
Beliau juga mendakwa sifat balas dendam Anwar sangat kuat dan sangat pendendam.
Pemimpin Pas itu juga juga menggesa Anwar tidak pilih kasih dengan mengambil tindakan pendakwaan secara terpilih dan kes membabitkan dakwaan serius seperti kapal tempur pesisir (LCS) sepatutnya perlu didahulukan.
Dalam LOD sama, peguam Anwar berkata, komen dibuat Awang adalah tidak benar, membebankan, mengelirukan dan tidak munasabah serta berniat jahat. – MalaysiaGazette
Ikut mcm Lee Kuan Yew…saman sampai bankrup. Pemfitnah tegar ni kalau tak diambil tindakan, semaki bermaharaja lela…lebai yg suka halalkan fitnah ni patut diajar
You ulang I saman, susah la kalau macam ni? Semua orang kini sudah takut untuk mengkritik? Lagi teruk dari yang dulu tu…
kritik yg betul. Yang kritik X betul tanggung saman le
Kritik membina ok la. Pas ni kritik main tembak je suka hati mana boleh. Kalau saya kritik encik sebagai seorang manusia paling teruk di dunia, kau mesti nak bukti kan? Kalau saya tak ada bukti, apa encik nak buat? Kalau encik diam je, habih la reputasi encik, so saman la. Macam tuduhan Awang ni, kalau dia ada bukti, dia akan kemukakan. Kalau tak ada, ambik la saman tu macam lebai- lebai pas lain yang selalu kalah kes fitnah:)
ada beza antara kritik dgn fitnah
Demikianlah “Kepala Otak” si Awang jika ada unsur² “Mantel Dsorder”??..memfitnah tanpa usul fakta demi mahu menyelamat “Tembolok Diri”??golongan mereka??.. “Move On” lah Awang, jika dipihak benar tiada bersalah tiada perlu dirisau
& takut..& jangan banding²kan seseorang dengan orang lain.