Wednesday, May 1, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

Suasana Operasi SAR Kanak-Kanak Hilang Jatuh Sungai

Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyambung operasi mencari dan menyelamat mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali semalam di Desa Alam Ria, Hulu Selangor. Foto MUHD NA’IM, 06 JULAI 2023.

Kilang Arang | Industri Tertua Di Kuala Sepetang

Kerja-kerja pembungkusan arang dijalankan selepas ditimbang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.

Pemansuhan Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam

Orang ramai masih menggunakan pelitup muka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette selepas keputusan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kemudahan kesihatan seperti hospital dan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.

Majlis Sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2023

Petugas melakukan demonstrasi menyelamat pada Majlis Sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2023 di Marina Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 25 JUN 2023.

Gelagat Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mencuba sumpit ketika melawat ke ruang pameran pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’M, 24 JUN 2023.

Najib Razak Hadir Perbicaraan Kes 1MDB di Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiring pegawai penjara hadir ke mahkamah bagi sambungan perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 JUN 2023.

Malaysia Thailand Halal Food Festival 2023

Orang ramai menikmati pelbagai aneka makanan yang dijual pada Malaysia Thailand Halal Food Festival 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lotus Ampang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 20 JUN 2023.

Anwar di Program Cakna dan Dialog Malaysia Madani

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Cakna dan Dialog Malaysia Madani di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor. Foto MUHD NA’IM, 13 JUN 2023.

Troli Beli Belah Pintar ‘ezyCart’

Orang awam menggunakan kemudahan troli beli belah pintar 'ezyCart' selepas pelancarannya di Shaftsbury Alamanda, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 13 JUN 2023.

Anwar Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama kakitangan kerajaan pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Foto MUHD NA’IM, 12 JUN 2023.