Noraini Razak
Mak nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki di Klang
Seorang mak nyah yang dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul dalam satu kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, di sini, semalam meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di sini.
PKR tutup pintu untuk bekas pemimpin UMNO
PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen Pilihan Raya Rantau: Rayuan Mohamad didengar 18 Feb
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, mewakili calon PKR Dr S. Streram, yang memfailkan petisyen pilihan raya itu, berkata mahkamah akan mendengar rayuan oleh SPR dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pada hari berkenaan.
Equanimity akan dijual tidak kurang daripada RM543 juta
Kapal mewah ‘Equanimity', yang dimiliki kerajaan Malaysia akan dijual pada harga tidak kurang daripada AS$130 juta (RM543 juta), iaitu separuh daripada harga asalnya.
Farid agresif dan menjerit-jerit pada polis – Saksi
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menjerit-jerit di balai polis dan berkata "adakah hang tau aku sapa Aku Datuk Farid Kamil!"
Kuota dan kos haji untuk jemaah Malaysia kekal
Kuota haji untuk jemaah Malaysia kekal 30,200 orang bagi tahun 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Singapura fail deklarasi elak Malaysia mulakan prosedur timbang tara
Singapura memfailkan satu deklarasi di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) bagi memastikan Malaysia tidak memulakan prosedur timbang tara atau penghakiman unilateral pihak ketiga berhubung pertikaian sempadan maritim antara kedua-dua negara.
Mas Ermieyati umum sertai Bersatu
Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mahkamah beri masa dua bulan untuk Musa pindah kes ke Mahkamah...
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memberi tempoh dua bulan kepada pihak pembelaan yang mewakili bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk membuat permohonan memindahkan kes rasuah berhubung kontrak konsesi balak berjumlah US$63,293,924 (RM263,460,962.313) ke Mahkamah Tinggi.
Isa Samad didakwa esok berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

















