Noraini Razak
Pencarian MH370 berakhir
Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity hari ini mengesahkan bahawa misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah berakhir.
PPBM Terengganu minta Rafizi henti perlekeh orang lain
Berhenti perlekeh mana-mana pihak dan tumpu kepada program pembinaan semula negara seperti yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Datuk Razali Idris.
Dr M bukan faktor PH menang pandangan peribadi Rafizi – Mukhriz
Kenyataan Rafizi Ramli mengenai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah pendapat peribadi Naib Presiden PKR itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sifar GST bermula 1 Jun – TNB
enaga Nasional Bhd (TNB) akan melaksanakan sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua kegunaan elektrik berkuatkuasa 1 Jun, 2018, sejajar dengan pelaksanaan kadar sifar GST pada tarikh sama.
Batal HSR, Singapura tetap menaruh harapan
Harapan mencurah-curah di republik ini untuk Malaysia meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit apabila Malaysia berada di landasannya dari segi kewangan.
Wan Azizah tidak tahu khabar angin Izzah bakal kahwini YDP Agong
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak tahu tentang khabar angin bahawa anaknya Nurul Izzah Anwar akan melangsungkan perkahwinan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Dua beranak maut dalam banjir kilat
Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui mati lemas selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan yang dinaiki dibawa arus deras akibat banjir kilat yang melanda kawasan ini pagi tadi.
Pertunas bantah tuntutan Hindraf, gesa kerajaan terus pertahan UiTM
Persatuan Tunas Usahawan Nasional (Pertunas) membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mahu Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut dibuka untuk semua kaum terutama kaum India daripada golongan B75.
Ah long pandang rendah Michael Chong selepas kekalahan MCA
Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong memberi amaran kepada lintah-lintah darat supaya tidak memandang rendah biro tersebut walaupun MCA telah bertukar identiti menjadi parti pembangkang.
98 rumah di daerah Seberang Perai Tengah dinaiki air
Sebanyak 98 rumah di beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah, di sini dinaiki air selepas hujan lebih empat jam bermula tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

















