Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong memberi amaran kepada lintah-lintah darat supaya tidak memandang rendah biro tersebut walaupun MCA telah bertukar identiti menjadi parti pembangkang.
Datuk Michael Chong

KUALA LUMPUR – Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong memberi amaran kepada lintah-lintah darat supaya tidak memandang rendah biro tersebut walaupun MCA telah bertukar identiti menjadi parti pembangkang.

Katanya, walaupun MCA tidak lagi berada dalam kerajaan, tetapi biro di bawah parti komponen Barisan Nasional (BN) itu masih mempunyai sumber dan hubungan dengan pelbagai unit untuk memerangi ah long dan menguruskan aduan berkenaan.

Michael ketika dihubungi Oriental Daily mengakui berlaku perubahan sikap dalam kalangan ah long yang tidak lagi berunding secara baik dengannya selepas kekalahan MCA dalam Pilihan raya.

“Dalam perbincangan kebelakangan ini, cara percakapan ah long telah berubah,” katanya.

Michael bagaimanapun berkata, biro pimpinannya tidak berputus asa dan akan terus memberi perkhidmatan termasuk menyelesaikan pelbagai isu masyarakat yang merumitkan.

Katanya, orang ramai yang gagal mendapat pertolongan daripada pusat perkhidmatan MCA bahagian yang ditutup selepas pilihan raya boleh berkunjung ke MCA pusat di Kuala Lumpur.

“Walaupun kami merupakan pembangkang, tetapi saya percaya biro ini dapat diuruskan  dengan baik,” katanya.