Noraini Razak
Pembelian hotel di London: Tangkapan dalam masa terdekat – SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada tangkapan akan dilakukan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC) dalam masa terdekat, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.
Khairil Anuar dilantik Pegawai Bertanggungjawab FGV
Ketua Pegawai Operasi, Logistik dan Sektor lain, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Khairil Anuar Aziz dilantik sebagai Pegawai Bertanggungjawab yang memikul tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad yang sedang bercuti.
Makkal Sakti nafi BTN rasis
Tuduhan yang mendakwa Biro Tata Negara (BTN) bersifat rasis serta membazirkan dan menyalahgunakan dana awam adalah tidak benar, kata Ketua Pemuda Kebangsaan Parti Makkal Sakti Malaysia dan Yayasan Sakti A. Manimaran.
Lagu Despacito dihentikan di RTM
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa yang dianggotai oleh semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat.
Tiga utas jam antara tuduhan suapan diterima CEO ZPP
Mengikut pertuduhan pertama, Azman didakwa menerima seutas jam tangan jenis Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Ventrure Ros, Suryati Alang di rumahnya di Permatang Rambai, Permatang Pauh pada 2010.
ADUN PKR persoal perbezaan ketara kos LRT di P. Pinang dengan...
Dalam status laman sosial Facebooknya semalam, Dr. Norlela mempertikai kos projek LRT sepanjang 30 kilometer (KM) di negeri ini yang menelan kos lebih tinggi berbanding projek MRT yang lebih panjang iaitu sejauh 51km.
120 cawangan DAP ‘berhantu’
Sinchew Daily melaporkan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan pemilihan semula diadakan selepas mengesyaki kemunculan 120 cawangan parti itu yang mencurigakan semasa pemilihan diadakan pada 2013.
Najib ucap takziah kepada keluarga ADUN Lenggeng
"Innalillah. Terima berita ADUN Lenggeng Datuk Ishak Ismail telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah & takziah kepada keluarga," katanya menerusi catatan di laman Twitter, pagi ini.
Tujuh pelajar pukul rakan sekolah direman
Tujuh pelajar sekolah berusia 14 hingga 16 tahun yang dipercayai bertindak menendang, memijak dan menumbuk seorang pelajar sekolah sama, ditahan polis di beberapa lokasi berasingan kelmarin.

















