Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemukan orang awam di kawasan semak tepi jalan Persiaran Balairong U8, Bukit Jelutong, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sarudin Samah berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada kira-kira 2.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat yang dijumpai merupakan seorang lelaki, namun bangsa dan butiran identitinya tidak dapat dipastikan.

“Keadaan mayat yang telah reput serta tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersamanya menyebabkan identiti mangsa belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan fizikal terhadap mayat juga tidak dapat dijalankan berikutan keadaannya yang telah reput.

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam untuk bedah siasat pada jam 2 petang, 8 September.

“Kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here