Home Nasional 5 ditahan pukul pemandu lori

5 ditahan pukul pemandu lori

Rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki pemukul pemandu lori di Bukit Antarabangsa.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki dan seorang wanita ditahan malam tadi berhubung kes belasah seorang pemandu lori, Nasrul Fazi oleh kumpulan lelaki di tempat letak kereta di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa.

Mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 30 tahun dalam operasi di Kepong, Kajang dan Negeri Sembilan.

Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff memberitahu, beberapa rakan saspek masih diburu untuk membantu polis dalam siasatan kes itu.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video menunjukkan beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya.

Kejadian itu dikatakan tercetus apabila lori yang dipandu oleh mangsa bergesel dengan kereta seorang individu. – MalaysiaGazette