Shaiful Hazizy PRU
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa agar menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap beberapa individu yang dilihat mempunyai kaitan dan hubungan dengan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, langkah itu perlu dibuat segera kerana tindakan DOJ ini dilihat ‘aneh’ dan ‘terpilih’ dan wujudnya konspirasi oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mewujudkan tekanan luar terhadap kerajaan.

“Pemuda UMNO Kedah amat kesal kebencian terhadap pemimpin-pemimpin tertentu dijadikan sebuah agenda yang terlalu ‘peribadi’ sehingga memungkinkan mereka bersekongkol dengan pihak asing jesteru itu berniat menjatuhkam kredebiliti kerajaan yang sedia ada.

“Setiap pihak mahu pun pembangkang perlu melihat perkara ini sebagaik satu tanggungjawab ‘kenegaraan’ yang harus dipikul secara bersama, di mana isu ‘kedaulatan’ adalah tanggungjawab semua rakyat negara ini,” katanya dalam atu kenyataan hari ini.

Justeru sayap UMNO itu mohon agar semua pihak menghormati sistem undang-undang dan institusi yang sedia ada dan tidak terus menerus membuat apa-apa spekulasi mengenai dakwaan DOJ berkenaan.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah ada beberapa pihak tertentu sudah tidak mahu menghormati sistem yang sedia ada kerana mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa isu 1MDB telah pun dijawab dan kerajaan telah pun melaksanakan beberapa langkah ‘rasionalisasi’.

“Namun tindakan mereka bersekongkol dengan pihak luar adalah satu tindakan yang tidak patriotik dan boleh dianggap satu ‘pengkhianatan’ yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya lagi.

DOJ sebelum ini mengemukakan saman sivil terbaharu bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -MalaysiaGazette