Biasalah orang cantik selalu kena kecam – Nur Sajat

KUALA LUMPUR – Ramai mengenali Nur Sajat dengan isu kontroversinya selama ini.

Malah apa sahaja yang dilakukan usahawan kosmetik itu sering tular di media sosial.

Baik kenyataannya atau gambarnya sahaja bakal mengundang komen netizen – ada yang baik dan ada yang mengutuknya.

Pengasas Produk Kecantikan, Nur Sarjat hadir pada Majlis Rumah Terbuka dan Ulang Tahun ke-4 Malaysia Gazette di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2017

Hendak pula isu ‘jantina’ Nur Sajat yang didakwa ramai masih menjadi persoalan.

Dalam banyak status dan postnya, Nur Sajat secara ‘berseloroh’ mengakui kini dia wanita dan memasang hasrat menjadi isteri dan mempunyai anak.

Semalam, Nur Sajat ketika ditemui Malaysia Gazette menganggap kesemua tuduhan dan cacian yang diterimanya tidak meninggalkan bekas kepadanya.

Pengasas Produk Kecantikan, Nur Sarjat hadir pada Majlis Rumah Terbuka dan Ulang Tahun ke-4 Malaysia Gazette di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2017

Apa yang penting, dia akan terus berusaha meningkatkan perniagaannya terutama memberi inspirasi kepada usahawan Melayu untuk berjaya.

“Biasalakan, orang cantik memang selalu kena kecam,” katanya.- MalaysiaGazette