Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Kebangsaan dijangka diadakan bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat itu hanya akan dimulakan selepas kesemua lima ahli kluster di dalam majlis berkenaan dilantik.

“Kami mahu mengadakan mesyuarat pertama pada bulan ini tetapi kami perlu menunggu sehingga kesemua ahli kluster menerima surat pelantikan mereka.

“Setiap kluster juga perlu mengadakan mesyuarat mereka sendiri apabila telah mempunyai pengerusi yang mana akan diumumkan oleh perdana menteri atau timbalannya.

“Saya akan memastikan mesyuarat majlis itu akan diadakan sekurang-kurangnya bulan depan untuk menangani kos sara hidup dalam kalangan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Majlis itu merangkumi lima kluster seperti pendidikan, perumahan, pengangkutan, utiliti, makanan dan minuman.- MalaysiaGazette