Home Nasional Polis buru lelaki cabul kanak-kanak

Polis buru lelaki cabul kanak-kanak

Lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak telah ditahan petang tadi. foto Facebook

KUALA LUMPUR – Video seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dicabul oleh seorang lelaki di sebuah funfair di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah menjadi tular di laman sosial.

Ia dimuat turun dalam Facebook Durian Media.

Dalam rakaman itu, seorang kanak-kanak dilihat duduk di atas pangkuan seorang lelaki yang kemudian mencium pipinya.

Tangan lelaki itu juga dilihat memegang dada kanak-kanak perempuan yang berbaju merah.

Wajah kanak-kanak itu tidak dilindungi ketika rakaman di buat.

Sementara itu, polis sedang memburu lelaki berkenaan selepas ibu kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis pada pukul 2.50 petang tadi.

Siasatan dibuat di bawah Sekyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” kata Ketua Polis Kuala Muda ACP Abdul Hamid Saifi. – MalaysiaGazette

Comments are closed.