Calon Barisan Nasional P.146 Muar, Datuk Razali Ibrahim bercakap pada sidang media khas mengenai pembatalan debatnya dengan calon Pakatan Harapan P.146 Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Bangunan UMNO Bahagian Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 06 MEI 2018.

MUAR – Debat antara dua calon Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Razali Ibrahim akan dibuat di Rumah Pegawai Daerah Muar esok.

Bagaimanapun, masa dan tarikh belum ditentukan, kata Razali.

Perubahan itu kerana debat yang dijadualkan di Hotel Traders malam ini terpaksa dibatalkan saat akhir kerana tidak mendapat permit polis.

“Debat terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan tidak mendapat permit. Bagaimanapun debat akan ditunda esok di rumah Pegawai Daerah Muar. Masa belum ditetapkan,” katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau akan hadir bertemu mata dengan Syed Saddiq di Hotel Trade di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, debat yang dijadualkan esok pula, pihaknya akan menjemput dua calon Parlimen Muar, Syed Saddiq dan Abdul Aziz Talib (Pas).

Isnin lalu, Syed Saddiq mempelawa Razali dan seorang lagi calon yang bertanding PRU di Parlimen itu, Abdul Aziz Talib dari Pas untuk berdebat.

Bagaimanapun katanya, tiada maklum balas diterima daripada wakil Pas meskipun wakilnya telah cuba menghantar kad undangan berdebat.- MalaysiaGazette

Tiada permit, polis minta debat Syed Saddiq-Razali dibatalkan