Anjing bernama Stormy telah dianugerahkan pingat selepas melengkapkan setengah maraton di Australia, hari ini.

SYDNEY – Seekor anjing yang diberi nama Stormy telah dianugerahkan pingat selepas melengkapkan setengah maraton Pipeline Goldfields di Australia hari ini.

Penganjur acara berkenaan, Grant Wholey berkata, Stormy berlari sejauh 21 kilometer kemudian tampil ke garisan penamat dalam masa dua setengah jam.

Pertandingan maraton itu dijalankan di bandar Kalgoorlie pada Sabtu lalu.

Menurut Wholey, anjing  itu menghampiri peserta sebelum acara bermula dan belari apabila kesemuanya memecut dari garisan permulaan.

Walaupun fizikal Stormy tidak mempunyai ciri-ciri anjing lasak namun kesungguhannya  menarik perhatian  ramai, Wholey menambah.

“Anjing berkulit hitam coklat itu kelihatan sangat mesra dan menyenangkan orang yang melihatnya,” ujarnya.- MalaysiaGazette