Peguam Hasanah Akan Cabar SPRM | EDISI MG 29 OGOS 2018

Peguam kepada Datuk Hasanah Abdul Hamid, Datuk Shaharudin B. Ali akan memfailkan permohonan mencabar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyekat beliau berjumpa dengan anak guam selepas proses perintah tahanan reman dibenarkan oleh Mahakamah Majistret selama 5 hari.

Menurut Datuk Shaharudin B. Ali, bantahan yang akan dikemukakan itu adalah terhadap pemberitahuan surat yang dikeluarkan SPRM daripada menghalang peguam daripada berunding dengan bekas Ketua Pengarah Agensi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) walhal lazimnya seseorang peguam boleh dirunding anak guamnya seperti kes lain.

Ditanya sebab beliau dihalang berjumpa kliennya, Datuk Shaharudin B. Ali berkata SPRM memberi alasan tersendiri secara panjang lebar dan tidak ada kena mengena dengan peguam misalnya mereka memperayai dengan membenarkan peguam berjumpa klien, maka orang tertentu itu akan lari dari siasatan atau bahan bukti kes boleh hilang.