Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 10.45 tadi.

Beliau yang berbaju kurung hijau pucuk pisang dilihat menaiki kenderaan Proton Perdana hitam sebelum dibawa masuk ke bangunan SPRM.

Kehadiran Rosmah untuk kali ketiga dipercayai bagi memberi keterangan berhubung skandal SRC International.

Rosmah yang diiringi peguamnya, K Kumaraendran kelihatan tersenyum dan sempat beramah mesra dengan petugas ketika dibawa masuk ke agensi anti rasuah itu.

Rabu lalu, Rosmah diambil keterangan pihak berkuasa itu sehingga 13 jam berhubung dakwaan penyelewengan dana syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini juga, pegawai SPRM menyerahkan notis kepada Rosmah di kediamannya di Taman Duta, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur untuk dipanggil memberi keterangan.

Laporan media sebelum ini turut melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

  • MalaysiaGazette

Rosmah dipanggil kali ketiga ke SPRM esok

TERKINI : “Saya Okay, Alhamdulillah” – Rosmah Mansor