Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.67 mata kepada 1,786.44 daripada 1,790.11 Khamis.

Ia dibuka 2.59 mata lebih rendah pada 1,787.52.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 171 berbanding 54 dengan 156 tidak berubah manakala 1,493 tidak didagangkan dan 17 yang lain digantung.

Sejumlah 96.87 juta saham bertukar tangan bernilai RM38.97 juta. – MalaysiaGazette