Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi memberi solidariti kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto SYAFIQ AMBAK, 19 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – “Saya datang untuk beri sokongan moral kepada Presiden UMNO dan sahabat lama,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini.

Bekas Perdana Menter itu hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 9.15 pagi dan meninggalkan mahkamah selepas bertemu Ahmad Zahid kira-kira setengah jam selepas itu.

Beliau yang berbaju batik merah jambu tiba dengan menaiki kereta Toyota Vellfire bernombor pendaftaran VBG11.

Najib yang hadir bersendirian dilihat terus ke tingkat dua mahkamah di mana pendakwaan terhadap Ahmad Zahid mengambil tempat.

Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. -MalaysiaGazette