Datuk Seri Utama Naquiyuddin Tunku Ja'afar
Pro Canselor UKM, Datuk Seri Utama Naquiyuddin Tunku Ja'afar berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Intergrated International Conference anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia di Hotel Marriot, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 13 NOVEMBER 2018

PUTRAJAYA – Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Utama Naqiyuddin Tuanku Ja’afar melancarkan Persidangan Antarabangsa Bersepadu UKM 2018 (UKM-IIC2018) malam tadi.

Persidangan kali ketiga yang bertemakan ‘Inklusif dan Kemampanan Pada Era Revolusi Perindustrian Keempat’ itu memberi peluang kepada penyelidik UKM untuk mengetengahkan idea penghasilan penyelidikan dan produk berpotensi untuk tujuan pengkomersilan.

Selain itu, persidangan itu diharap dapat menghasilkan kesan penyelidikan yang boleh menyumbang kepada pembangunan teknologi baharu seiring dengan era Revolusi Perindutrian ke-4.

MGF13112018_Integrated International Conference_03
Pro Canselor UKM, Datuk Seri Utama Naquiyuddin Tunku Ja’afar (tiga kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Persidangan Intergrated International Conference anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia di Hotel Marriot, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 13 NOVEMBER 2018

Penganjuran UKM-IIC2018 melibatkan 16 persidangan antarabangsa dengan penyertaan seramai 1,800 peserta dari dalam dan luar negara.

Antara fokus utama persidangan kali ini Malaysia Sihat Sejahtera, Islam Kontemporari, Akal Budi Melayu, Pemerkasaan B40, Malaysia Lestari, Pengukuhan STEM dan Integrasi ASEAN.

Dua pengucaptama turut hadir menyampaikan ucaptama iaitu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Profesor Teknologi Komputer dari Universiti Cambridge, Prof Dr Peter Robinson. – MalaysiaGazette