JPM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Sebelum itu, isu berkaitan ICERD menjadi kontroversi sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan orang Melayu di negara ini.- MalaysiaGazette