Penyokong Vietnam meraikan kemenangan selepas pasukan Vietnam berjaya menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 dengan keputusan agregat 3-2 di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2018

HANOI – Menakjubkan!

Begitulah yang terjadi selepas Vietnam muncul juara menewaskan Malaysia dalam persaingan merebut Piala AFF Suzuki 2018 malam tadi.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, jutaan rakyat negara ini keluar ke jalan raya bagi meraikan kemenangan yang sungguh bermakna buat mereka.

Tinjauan Malaysia Gazette di sini mendapati, tidak kira yang tua atau muda, mereka berarak di seluruh pelusuk kota yang mempunyai kepadatan penduduk hampir tujuh juta orang ini.

MGF15122018_PENYOKONG VIETNAM_01
Penyokong Vietnam meraikan kemenangan selepas pasukan Vietnam berjaya menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 dengan keputusan agregat 3-2 di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2018

Sama ada berbasikal, bermotorsikal mahupun berkereta, mereka beramai-ramai memenuhi jalan raya sambil membunyikan hon dan meniup vuvuzela.

Pada yang tidak berkenderaan, mereka berbaris di kiri dan kanan jalan sambil melaungkan kata-kata semangat serta serta mengibarkan bendera yang menjadi kebanggaan masyarakat sejak sekian lama.

Sehingga berita ini ditulis (2.40 pagi waktu tempatan), belum ada tanda-tanda perarakan kemenangan ini akan berakhir.

MGF15122018_PENYOKONG VIETNAM_03
Penyokong Vietnam meraikan kemenangan selepas pasukan Vietnam berjaya menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 dengan keputusan agregat 3-2 di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2018

Malah Malaysia Gazette difahamkan, warga Vietnam selalunya akan meraikan kemenangan pasukan bolasepak kegemaran mereka hingga pagi tanpa henti!

Untuk rekod, bolasepak adalah sukan nombor satu rakyat negara ini.

Malaysia kalah tipis 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua di Stadium Nasional My Dinh, di sini, malam ini.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 menerusi keputusan agregat 3-2, dan ia sekali gus meranapkan impian Malaysia meraih kejuaraan kedua selepas edisi 2010.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan seri 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Dis lepas.- Malaysia Gazette