Anggota polis meletakkan kon di pintu masuk Istana Negara sempena pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong baharu hari ini menarik minat lebih 30 pengamal media dan para wartawan.

Pengamal media mula membanjiri pintu masuk Istana Negara seawal jam 9 pagi tadi bagi membuat liputan mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dijadual berlangsung di Istana Negara pada jam 10.30 pagi hari ini.

MGF24012019_PEMILIHAN AGONG02

Pengawal istana unit berkuda berkawal di pintu masuk Istana Negara sempena pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 APRIL 2018.Perkara itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kini dipegang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang turut memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baharu selesai.

Menurut Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan. -MalaysiaGazette