MANILA – Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana mengesahkan Filipina akan memiliki lebih banyak peluru berpandu dari Israel.

Jabatan Pertahanan Nasional akan membeli peluru berpandu udara ke udara, Python dan sistem pertahanan udara, Derby daripada firma teknologi pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems, menurut laporan agensi berita Filipina.

Bagaimanapun Lorenzana berkata, beliau tidak tahu bilangan pelncar peluru berpandu yang akan dimiliki negara itu.

Pada tahun lalu, tentera laut Filipina memperoleh peluru berpandu darat ke darat buatan Israel, Spike ER, yang dipasang pada kapal penggempur pelbagai guna, lapor philstar.

Tentera laut negara itu telah menguji keberkesanan peluru berpandu tersebut dalam latihan ketenteraan di perairan Limay, Battan pada tahun lalu.

Pemasangan sistem peluru berpandu itu pada bot tentera laut berupaya menuju ke sasaran yang berada pada jarak 6 kilometer. – Agensi