TERKINI : PROJEK ECRL! Azmin Tiada Dalam Mesyuarat Kabinet – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng terkejut dengan kenyataan terkini Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurut Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mungkin tidak dimaklumkan tentang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat kabinet beberapa hari lepas.

Pada mulanya Guan Eng mendedahkan Azmin tidak maklum perkembangan terkini berhubung status projek tersebut kerana tidak hadir pada mesyuarat kabinet, namun beliau enggan kenyataannya itu dijadikan andaian yang tidak sihat.

“Datuk Seri Azmin tidak ada dalam mesyuarat kabinet yang terkini.

Saya tidak mahu mengatakannya apa yang saya maksudkan dia tidak dimaklumkan keputusan daripada Tun.