TERKINI : MUSYKIL! Kenapa Kerajaan Lama (BN), Benarkan Atlet Israel Masuk! – Syed Saddiq

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah memberikan persetujuan kepada Jawatankuasa Para Antarabangsa (IPC) untuk membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, dua tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan IPC berhubung penarikan balik kelayakan penganjuran kejohanan renang paralimpik antarabangsa di Malaysia.

“Saya agak musykil kenyataan yang dikeluarkan oleh IPC. “Mereka memaklumkan dalam satu perenggan bahawa pada tahun 2017, ada persefahaman dengan kerajaan sebelum ini bahawa untuk membenarkan dan tiada prasyarat membenarkan atlet Israel untuk masuk ke negara ini.