TERKINI : ROMBAKAN KABINET Pakatan Harapan? – Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan khabar angin tentang rombakan kabinet yang dikatakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Dr Mahathir diminta mengulas komen dalam blog baru-baru ini yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina.