Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Nama Lim Guan Eng tidak tersenarai sebagai ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) berdasarkan pemeriksaan atas talian yang dilakukan.

Dan, persoalan itu terjawab apabila dokumen yang didedahkan oleh Tony Pua bagi membuktikan Guan Eng sebagai ahli Australian Society of Accountants menunjukkan Menteri Kewangan itu hanyalah ahli sementara sahaja.

Lantaran itu, Presiden MCA menegaskan Guan Eng tidak boleh mendakwa beliau sebagai seorang akauntan kecuali menjadi ahli MIA.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keanggotaan sementara adalah langkah pertama untuk mengambil modul dan peperiksaan yang diperlukan untuk memenuhi syarat sebagai akauntan serta memenuhi syarat untuk keahlian penuh dalam Australian Society of Accountants.

“Oleh itu, keanggotaan sementara adalah jauh daripada kedudukan untuk menjadi akauntan bertauliah sepenuhnya atau seorang akauntan.

“Malah, anda tidak boleh menggunakan jawatan itu pada pangkat anda,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Tegas Ka Siong, di bawah Seksyen 25(e)Akta Akauntan 1967, ia menjadi kesalahan jenayah kepada mana-mana individu yang mendakwa dirinya sebagai akauntan kecuali berdaftar dengan MIA. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.
(http://www.agc.gov.my/…/Accountants%20Act%201967%20%5BAct%2…).

Bagi memperkukuhkan pandangan itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu membangkitkan semula kenyataan Guan Eng pada satu forum perniagaan pada 2 Mac 2012.

Semasa forum tersebut, Menteri Kewangan itu memberitahu yang beliau telah gagal sebagai akuntan dan hanya menghabiskan kurang daripada seminggu di sebuah firma akauntan sebelum dibuang. (https://www.malaysiakini.com/news/192814).

Sejak itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Guan Eng pernah bekerja di mana-mana firma akauntan atau beliau mengambil modul-modul wajib atau peperiksaan profesional yang diperlukan bagi memastikannya layak menjadi akauntan yang diperakui atau akauntan bertauliah.

Sedangkan, katanya, di laman sesawang DAP telah silap memaklumkan bahawa Guan Eng sebagai “Akauntan Bertauliah” atau Certified Accountant. (https://dapmalaysia.org/biografi/biodata-of-lim-guan-eng/)

Ini diperjelaskan lagi apabila Guan Eng sendiri mendakwa kepada media pada 11 Jun 2018 yang dia seorang akauntan

“Ia adalah liga dan permainan bola yang berbeza, tetapi yakinlah bahawa saya tahu pekerjaan saya, saya sendiri merupakan seorang akauntan. (https://www.nst.com.my/…/unpopular-finance-minister-so-be-i…).

Ka Siong menegaskan beliau sedar bahawa Guan Eng mempunyai hak untuk menyaman sesiapa yang mempersoalkan kelayakan akademiknya.

Artikel berkaitan: 

Akauntan profesional: Guan Eng timbang saman Ka Siong dan media

Presiden MCA persoal kelayakan akauntan bertauliah Guan Eng

Katanya, MCA mahupun dirinya sebenarnya tidak berminat membincangkan perkara ini lebih lanjut kerana kemerosotan ekonomi sekarang adalah isu yang jauh lebih penting untuk ditangani.

“Biarlah DAP dan rakyat yang menilai jika wujud kesalahan undang-undang yang telah dilakukan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/11/guan-eng-pertimbang-saman-ka-siong-dan-media/