Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, setakat ini tiada sebarang arahan daripada presiden parti itu supaya pemimpin dan jentera menghentikan kerjasama dengan Barisan Nasional untuk PRK DUN Semenyih.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, Pemuda Pas giat menyusun strategi untuk membantu kempen calon BN, Zakaria Hanafi bagi PRK yang akan berlangsung 2 Mac ini.
“Itu setakat saya maklum. Selebihnya patut tanya kepada Tuan Guru,” katanya.
Ahmad Fadhli diminta mengulas pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menemui beliau semalam telah berjanji tidak akan menyokong Pas dalam PRK Semenyih.
Menurut perdana menteri, Presiden Pas itu turut menandatangani pengakuan bertulis berhubung perkara tersebut. – MalaysiaGazette