TERKINI : HINA NABI! Polis Tunggu Arahan Mahkamah – Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis kesal dengan tuduhan orang awam, khususnya umat Islam, yang mendakwa polis tidak bertindak tegas dalam menghukum individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, adalah tidak wajar polis dipersalahkan dalam hal ini.

Katanya, adalah tidak wajar prasangka rakyat kononnya orang yang menghina polis dihukum penjara enam bulan tetapi suspek hina Nabi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Isunya sekarang ialah peringkat awal suspek pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai ditangkap dan dibawa dari Mentakab, Pahang ke Johor untuk didakwa.

“Pada asalnya kami hendak memohon reman 10 hari tetapi mahkamah hanya membenarkan suspek direman 3 hari sahaja.

“Maka Mahkamah menolak rayuan 10 hari dan benarkan 3 hari sahaja dan kita pun setelah siasat bebaskan denga jaminan polis,” katanya kepada pemberita yang meminta beliau mengulas persepsi rakyat yang masih tidak memahami perundangan polis.