Sistem pertahanan peluru berpandu, Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) dibawa keluar daripada pesawat.

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) untuk pertama kali telah menghantar sistem pertahanan peluru berpandu, Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD), ke Israel

Penghanatarn tersebut merupakan sebahagian daripada latihan bersama dan bertujuan untuk menunjukkan ‘komitmen berterusan’ AS kepada ‘keselamatan serantau’ Israel.

Sistem THAAD akan ditempatkan di selatan negara itu, di samping 200 anggota tentera AS.

“Semasa penghantaran, anggota tentera kami akan berada di pelbagai lokasi seluruh Israel dan akan mengamalkan prosedur operasi untuk meningkatkan kehadiran Israel dan kerangka pertahanan sistem peluru berpandu” menurut satu kenyataan sambil menambah latihan tersebut berfungsi sebagai ‘demonstrasi komitmen berterusan AS kepada keselamatan serantau’.

Rakaman video menunjukkan pelancar THAAD dan kenderaan-kenderaan dipunggah daripada pesawat di pengkalan udara Nevatim selain anggota tentera AS keluar dari pesawat, lapor RT.

Sistem THAAD dibina khusus untuk memintas peluru berpandu balistik .

Penghantaran itu disambut baik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berjkata, sistem tersebut akan meningkatkan keupayaan Tel Aviv untuk menangkis ancaman dari Timur Tengah. – Agensi