Donald Trump. foto CNN

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melanjutkan tempoh sekatan setahun lagi ke atas Zimbabwe kerana dasar baharu kerajaan negara itu memberi ancaman kepada dasar luar AS.

Sekatan diteruskan meskipun beberapa pemimpin Afrika termasuk Presiden Afrika Selatan yang mahu ia ditarik balik bagi memberi peluang negara terbabit pulih daripada krisis ekonomi.

Ia akan diteruskan sehingga kerajaan pimpinan Presiden Emmerson Mnangagwa mengubah undang-undang Zimbabwe yang menyekat kebebasan media dan membenarkan protes.

Menurut pejabat pentadbiran AS, terdapat 141 entiti dan individu di Zimbabwe termasuk Mnangagwa dan bekas presiden Robert Mugabe masih menerima sekatan. 

Mnangagwa sebelum itu pernah memohon sekatan ke atas parti pemerintah ZANU-PF, tokoh tentera dan beberapa firma milik kerajaan semasa era pemerintahan Mugabe, ditarik balik. – MalaysiaGazette