Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof bercakap ketika sesi sidang media pada Forum Hari Usahwan Malaysia ASEAN di Mahkota Hall, SME Corp, Platinum Sentral, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2019

PUTRAJAYA – Kritikan DAP terhadap kerjasama UMNO dan Pas sebenarnya mengundang polarisasi kaum di negara ini.

Ia kerana parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu seolah-olah tidak jujur menghayati Perlembagaan secara keseluruhan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Menurutnya, kelantangan DAP itu tidak perlu dilihat seolah-olah ia dari sudut “kerajaan vs pembangkang” .

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan itu berkata, sejak merdeka lagi kaum Cina tidak mahu dengan konsep satu sekolah satu bahasa.

Mohd. Redzuan berkata, di negara-negara maju, tiada kebebasan seperti yang dinikmati di Malaysia contohnya sekolah vernakular yang hanya boleh didapati di negara ini sahaja, katanya dalam satu kenyataan.

“Jangan salahkan “perkahwinan UMNO- Pas” dengan melabelkan mereka dengan Taliban, strategi bumi hangus dan mengisytihar perang terhadap bukan Melayu,” katanya.

DAP juga, katanya, perlu sedar malapetaka mungkin berlaku sekiranya DAP atau kaum Cina menolak untuk menghormati satu bahasa kebangsaan, satu sistem persekolahan untuk semua kaum serta menghormati dan menerima kemakmuran bersama.

Ia penting untuk difahami kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai komposisi kaum yang pelbagai.

“Maka adalah penting semangat tolak ansur dan saling bertoleransi antara kaum diperkukuhkan dan janganlah bertindak hanya sebagai hero untuk sesuatu kaum sahaja,” ujar Mohd. Redzuan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. …why is this Minister choose not to say, ” disagreed not to agreed” & finished off the story.

Comments are closed.