CHRISTCHURCH, New Zealand – Angka korban tembakan rambang di dua buah masjid meningkat kepada 49 orang, kata Pesuruhajaya Polis New Zealand, Mike Bush.

Bush yang mengadakan sidang media berkata, seorang lelaki telah didakwa membunuh dan akan dihadapkan ke mahkamah esok, lapor AP.

Bagaimananpun, beliau tidak menyatakan sama ada penembak yang sama bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.

Seorang lelaki yang mendakwa bertanggungjawab berkata, beliau adalah warga Australia berusia 28 tahun dan menyatakan motif anti imigran dalam satu manifesto.

Terdahulu polis berkata, empat orang telah ditahan dan seorang daripadanya dikenalpasti warga Australia.

Bagaimananpun Bush tidak menyediakan maklumat mengenai  mereka yang ditahan itu.

Bush menjelaskan bahawa polis telah menjumpai dua peranti letupan yang telah dipertingkatkan dalam sebuah kereta. – Agensi